06 Mac 2013

Arahan Selanjutnya

Seorang askar baru sedang bertugas mengawal pintu masuk utama.

Arahan untuknya adalah jelas. Tiada kereta dibenarkan masuk kecuali mempunyai sticker khas di cermin hadapannya.

Sebuah kereta tentera yang besar datang dengan seorang Jeneral berada di dalamnya.

Askar pengawal itu berkata, "Berhenti!. Siapa di dalam?"

Pemandu kereta berkenaan, seorang Korporal menjawab, "Jeneral Zaini"

"Maafkan saya. Tuan tidak dibenarkan masuk kerana kereta ini tidak mempunyai sticker khas pada cerminnya."

Jeneral itu berkata, "Pandu terus!"

Askar pengawal itu berkata, "Nanti dulu!. Tuan betul-betul tidak dibenarkan masuk. Saya mendapat arahan untuk menembak jika tuan cuba masuk tanpa sticker khas."

Jeneral itu kemudiannya berkata kepada Korporal dihadapannya, "Saya beritahu kamu, jalan terus!"

Askar pengawal itu kemudiannya merapati cermin belakang kereta dan berkata, "Jeneral, saya baru dalam perkara ini. Adakah saya perlu menembak tuan atau pemandu tuan?".


Tiada ulasan: