11 Oktober 2014

Tempat baru

Assalamulaikum semua.. Sihat? Lama dah tak update blog usang ni . Sekarang sibuk dengan study semua. Tapi rasanya dunia blogger ni tak tak berapa Femes dah sekarang. Sebab memasing sibuk dengan AppStore or playstore dengan berbagai jenis App .. Sekarang ni ramainya yang dah ada instgram sendiri, pastu tak payah nak membebel dekat blog dah semua boleh luah / curahkan perasaan dekat instgram sambil tu boleh upload gambar siap boleh bubur caption pepanjang kan .. Sampai sini jew. 

15 Disember 2013

Guna Telefon Di Tempat Kerja

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang:

Suami: "Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja."

Isteri: "Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja."

Anak: "Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga."

Maid @ Bibik: "Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!"


Alasan Remaja Tak Mahu Masuk PLKN

"Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara!" kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus wajib Khidmat Negara.

"Mengapa tidak?" tanya Rekrut yang mendaftarnya.

"Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada kaki yang lain."

"Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya juga tidak rata."

berhenti merokok

"Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?" tanya John pada George.

"Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?" kata George.

"Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama."

"Apa tahap pertama itu?"

"Berhenti membeli rokok!"

seluar dalam

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut. Kenapa?

Sebab kat seluar dalam tu ada tulis: "Berat Bersih: 50kg"


 
SEBUAH keluarga kura-kura mengambil masa setahun untuk sampai ke sebuah pantai untuk berkelah. Almaklumlah kura-kura kan jalan lambat.

Sedang mereka sibuk menyediakan juadah, tiba-tiba barulah si ayah kura-kura sedar pinggan makanan tertinggal di rumah.


Akhirnya anak jantan mereka disuruh pulang mengambil pinggan di rumah. Perjalanan pergi dan balik akan mengambil masa 2 tahun.


"Saya boleh balik ambil pinggan, tapi kamu semua mesti tunggu sampai saya kembali barulah kita makan bersama-sama boleh?" tanya anak jantan kura-kura itu.


"Jangan bimbang, tentu kami akan tunggu kamu kembali" jawab ibu kura-kura.


Selepas 3 tahun berlalu, anak jantan kura-kura tak juga kembali. Si ayah berasa terlalu lapar.


"Ayah dah tak tahan lapar, tak payahlah kita tunggu anak kita kembali, kita makan dululah" kata ayah kura-kura.


"Mana boleh macam tu, kita dah janji nak makan sama-sama" Kata ibu kura-kura membantah.


Masa berlalu begitu pantas hingga 5 tahun berlalu. Anak mereka masih tak sampai.


Akhirnya ibu dan ayah kura-kura buat keputusan untuk makan sahaja tanpa menunggu anak kura-kura sampai.


Ketika ibu dan ayah kura-kura mahu makan, tiba-tiba anak kura-kura yang ditugaskan mengambil pinggan muncul dari persembunyian.


"Saya dah agak ayah dan ibu akan makan dulu tanpa saya, mujur saya tak balik ambil pinggan!"


B'MULANYE AKU MNJADI SORG PLAJAR

16/12/20013

arhhhhh dalam kelas bosan nye aku.............tapi kate orang kalau kita ckp bosan..bosan la hidup kitakn..kalu kite fkr hpy..hpy la hidup kite kan....