15 Disember 2013

SEBUAH keluarga kura-kura mengambil masa setahun untuk sampai ke sebuah pantai untuk berkelah. Almaklumlah kura-kura kan jalan lambat.

Sedang mereka sibuk menyediakan juadah, tiba-tiba barulah si ayah kura-kura sedar pinggan makanan tertinggal di rumah.


Akhirnya anak jantan mereka disuruh pulang mengambil pinggan di rumah. Perjalanan pergi dan balik akan mengambil masa 2 tahun.


"Saya boleh balik ambil pinggan, tapi kamu semua mesti tunggu sampai saya kembali barulah kita makan bersama-sama boleh?" tanya anak jantan kura-kura itu.


"Jangan bimbang, tentu kami akan tunggu kamu kembali" jawab ibu kura-kura.


Selepas 3 tahun berlalu, anak jantan kura-kura tak juga kembali. Si ayah berasa terlalu lapar.


"Ayah dah tak tahan lapar, tak payahlah kita tunggu anak kita kembali, kita makan dululah" kata ayah kura-kura.


"Mana boleh macam tu, kita dah janji nak makan sama-sama" Kata ibu kura-kura membantah.


Masa berlalu begitu pantas hingga 5 tahun berlalu. Anak mereka masih tak sampai.


Akhirnya ibu dan ayah kura-kura buat keputusan untuk makan sahaja tanpa menunggu anak kura-kura sampai.


Ketika ibu dan ayah kura-kura mahu makan, tiba-tiba anak kura-kura yang ditugaskan mengambil pinggan muncul dari persembunyian.


"Saya dah agak ayah dan ibu akan makan dulu tanpa saya, mujur saya tak balik ambil pinggan!"


Tiada ulasan: