17 Mac 2011

Panduan umat islam di akhir zaman…………..

 Assalamualaikum wbt,
 Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
 kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mataNabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sungguh airini.”\
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air  minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, “Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk ?
 
Tiga Cahaya Di Hari KiamatDi hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
 * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
 ”Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika
 di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
 mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
 Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
 sebelum azan.
 Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
 sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.”
 Kala Jengking Neraka
 Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
 bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking.
 Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat

Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy!    Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?”  Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari 

lima orang. Pertama, orangyangmeninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkanzakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.” Baca dan hayatilahlah baik2 artikel ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup hingga keakhir hayat , Insya’Allah .

Tiada ulasan: